Cyntok Bhatik Virtual Run & Ride 2021
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kelab Kebajikan SCIMPA dengan kerjasama Unit Seni Kreatif dan Pengurusan Acara Komersial (CACE) serta Persatuan Akademia UUM (PERSATU), menganjurkan program "Cyntok Bhatik Virtual Run & Ride 2021". Objektif utama program adalah untuk mempromosikan "Cyntok Bhatik" di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Pendaftaran bermula pada 5 sehingga 20 Julai 2021.
Untuk makluman, larian akan dikira bermula 21 Julai sehingga 20 Ogos 2021.
Anda boleh menggunakan sebarang aplikasi yang dapat merekodkan jarak, tarikh dan masa larian anda sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas.
Bagi acara larian, anda boleh berlari, berjogging, berjalan atau menggunakan "treadmill". Begitu juga bagi acara berbasikal, anda boleh menggunakan laluan jalan raya yang selamat mahupun secara "offroad". (rekod larian dan berbasikal anda boleh dicampur).
